A

TASKA Setitis Embun ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }

Friday, July 12, 2013

Makanan

Kami amat mementingkan nutrisi yang sempurna untuk kanak-kanak yang dihantar ke Taska Setitis Embun. Kerana itu, menu yang seimbang disediakan bagi memastikan pertumbuhan yang sempurna serta membantu perkembangan otak yang cerdas. 

Kami menyediakan menu yang pelbagai (agar tidak membosankan), menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak di Taska kami. Proses memasak di Taska ini dilakkan didapur yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. Taska kami turut mengajar kanak-kanak adab-adab makan, doa sebelum dan selepas makan, dan kebersihan diutamakan.

Labels:



Tuesday, June 11, 2013

Keselamatan


Taska Setitis Embun amat menitikberatkan isu keselamatan kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan kami. Keselamatan adalah perkara yang paling utama bagi pihak Taska kami. 


Antara ciri-ciri keselamatan yang kami tawarkan adalah: 
  • Pelan lantai dan ciri-ciri keselamatan kami memenuhi piawaian dan mendapat kelulusan daripada Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  •   Semua tingkap dan pintu bergril bagi mengelakkan dari pihak yang tidak berkenaan masuk atau mengelakkan kanak-kanak dari keluar tanpa pengawasan (tetapi mempunyai laluan keluar -'escape plan') sekiranya berlaku kebakaran.
  •   Mempunyai tangga keselamatan (kebawah) sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan 
  • Pemadam api (Fire Extinguisher) disediakan di tingkat atas, bawah dan dapur.
  • Tong gas (bagi tujuan memasak) diletakkan di luar bangunan Taska. Ia diletakkan didalam kurungan besi dan berkunci. Ini bagi memastikan keselamatan staf dan kanak-kanak yang berada di dalam Taska.
  • Kotak keselamatan ('First Aid Kit') disediakan. 
  • Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, ibu bapa akan diberitahu dengan segera.  
  • Staf yang terlatih dan mencukupi bagi mengawasi kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan kami. 
  • Bayi 3 bulan hingga 1 tahun 6 bulan dan kanak-kanak berumur 1 tahun 6 bulan ke atas diletakkan dalam bilik yang berlainan.
  •  Bilik bayi adalah yang berusia 3 bulan hingga 1 tahun 6 bulan dan bilik besar 1 tahun 6 bulan hinga 2 tahun dilengkapi dengan permaidani bagi mengelakkan kemalangan.

Labels:



Monday, June 10, 2013

Syarat Kemasukan :


Taska Setitis Embun terbuka kepada semua orang ramai yang berpendapatan RM3000 ke bawah (suami isteri). Kemasukan kanak-kanak hanya yang sah warganegara sahaja. Borang tempahan boleh di ambil di Taska Setitis Embun. Sila kepilkan slip gaji suami isteri dan mykid anak yang ingin didaftarkan bersama-sama Borang Tempahan (berwarna biru).

Jika kanak-kanak yang telah membuat tempahan terpilih untuk Taska Setitis Embun, pihak Taska akan menghubungi ibu bapa/ penjaga kanak-kanak untuk mengambil Borang Pendaftaran dan Borang Peraturan Taska. Kanak-kanak yang masih tidak mendapat panggilan dari pihak Taska akan dimasukkan di dalam senarai menunggu mengikut tarikh serahan Borang Tempahan.

Jika anak anda ingin penamatkan sesi pembelajaran di Taska Setitis Embun, sila isi Borang Berhenti berwarna merah sebulan sebelum anak anda berhenti dari Taska. Hal ini kerana dapat memudahkan pihak Taska bagi menguruskan kanak-kanak lain yang amsih dalam senarai menunggu.

Labels:



Saturday, June 8, 2013

Peraturan TASKA Setitis Embun 

Waktu beroperasi :

  1. TASKA dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali pada hari cuti umum.
  2. Beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.
  3. Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada penyelia TASKA sebelum jam 3.00 petang sekiranya ingin mengambil nak lewat dari jam 5.30 petang.

Kehadiran :

  1. Ibu bapa / penjaga harus memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersih semasa tiba di TASKA. (cth : mandi, tukar lampin, berus gigi, basuh muka).
  2. Pakaian tidur (pijama) sama sekali tidak dibenarkan.
  3. Ibu bapa / penjaga haruslah menyediakan sebotol susu untuk diminum oleh anak anda pada waktu pagi.
  4. Ibu bapa / penjaga hendaklah menghantar atau mengambil anak mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang kelewatan atau sebaliknya akan dikenakan bayaran lebih masa (OT).
  5. Bayaran lebih masa (OT) sebanyak RM10.00 satu jam akan dikenakan kepada ibu bapa / penjaga yang lewat mengambil anak di TASKA (selepas jam 5.30 petang).
  6. Hanya ibu bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan mengambil anak mereka di TASKA.
  7. Ibu bapa tidak dibenarkan mewakilkan orang lain untuk mengambil anak mereka di TASKA kecuali telah memaklumkan kepada penyelia TASKA terlebih dahulu.
  8. Ibu bapa / penjaga harus memaklumkan kepada pihak Penyelia TASKA jika anak mereka tidak dapat hadir ke TASKA pada hari tersebut sebelum jam 10.00 pagi.
  9. Kanak-kanak yang dikenalpasti menghidap penyakit berjangkit hendaklah DICUTIKAN dari TASKA. 
  10. Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan pengesahan doktor bahawa anak mereka telah benar-benar                   sihat dan boleh dibawa ke TASKA.
  11. Bagi kanak-kanak yang bercuti lebih dari sebulan tanpa sebarang maklumat dan tidak membayar yuran TASKA adalah dianggap telah berhenti.
Penyakit-penyakit berjangkit adalah seperti berikut :
  • Mums (beguk)
  • Chicken pox (cacar air)
  • measles (campak)
  • Conjunctivities (sakit mata)
  • penyakit-penyakit lain yang ditakrifkan sebagai penyakit berjangkit.

Bayaran yuran :

Yuran yang perlu dijelaskan oleh ibu bapa :
  • Yuran pendaftaran (tahunan) RM30.00
  • Yuran bulanan (untuk setahun keatas) RM150.00
  • Yuran bulanan (untuk setahun kebawah) RM200.00
  1. Byaran yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada penyelia sebelum tarikh 7hb pada setiap bulan.
  2. Bayaran yuran tahunan perlu dijelaskan pada bulan Disember setiap tahun.
  3. Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi dari pihak TASKA dan yuran yang telah dijelaskan tidak dapat dikembalikan.
  4. Tiada pengecualian atau pemotongan yuran sekiranya anak anda tidak hadir ke TASKA dalam sesuatu masa.

Hubungan :

  1. Ibu bapa / penjaga hendaklah menjaga nama baik TASKA.
  2. Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk menghubungi pihak TASKA untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
  3. Ibu bapa / penjaga diminta untuk berbincang dan bertolak ansur sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan kanak-kanak.
  4. Pihak TASKA sedia menerima sebarang teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan dan kekurangan bagi mempertingkatkan lagi imej TASKA kami.

Kelengkapan anak :

  1. Ibu bapa / penjaga harus menyediakan kelengkapan anak-anak seperti berikut :
  • bekalan susu.
  • bekalan lampin pakai buang.
  • botol susu.
  • bekalan mandi (ubat gigi, berus gigi), sikat dan bedak.
  • tuala mandi dan sapu tangan (ditandakan nama dan perlu dibawa pulang untuk dicuci pada setiap hujung minggu).
  • tiga pasang pakaian.
  • ubat-ubatan (jika ada).
  • beg plastik untuk pakaian kotor.

Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan :

  1. Sila maklumkan kepada penyelia TASKA satu bulan lebih awal jika ibu bapa / penjaga ingin menamatkan perkhidmatan penjagaan kami dan mengisi borang berhenti.


Labels:



Wednesday, May 29, 2013

Hello !! Selamat datang ke Taska Setitis Embun

TASKA SETITIS EMBUN
Nama TASKA ini diambil daripada perkataan arab iaitu qa'runnada yang bermaksud setitis embun. Nama setitis embun ini melambangkan kedamaian dan kesecuian kepada kanak-kanak kerana embun itu sendiri yang telah memberi kita ketenangan dan kesejukan.


!#me
TASKA SETITIS EMBUN
menerima kanak-kanak berusia dari 3 bulan hingga 4 tahun.



!#WISH


!#link
LINKS HERE.
designer


Setitis Embun Cbox


Music Player