Tuesday, June 11, 2013
Keselamatan
Taska Setitis Embun amat menitikberatkan isu keselamatan kanak-kanak yang
dihantar ke pusat jagaan kami. Keselamatan adalah perkara yang paling
utama bagi pihak Taska kami.
Antara ciri-ciri keselamatan yang kami tawarkan adalah:
Antara ciri-ciri keselamatan yang kami tawarkan adalah:
- Pelan lantai dan ciri-ciri keselamatan kami memenuhi
piawaian dan mendapat kelulusan daripada Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Semua tingkap dan pintu bergril bagi
mengelakkan dari pihak yang tidak berkenaan masuk atau mengelakkan kanak-kanak dari
keluar tanpa pengawasan (tetapi mempunyai laluan keluar -'escape plan')
sekiranya berlaku kebakaran.
- Mempunyai tangga keselamatan (kebawah)
sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan
- Pemadam api (Fire Extinguisher) disediakan di
tingkat atas, bawah dan dapur.
- Tong gas (bagi tujuan memasak) diletakkan di
luar bangunan Taska. Ia diletakkan didalam kurungan besi dan berkunci. Ini bagi
memastikan keselamatan staf dan kanak-kanak yang berada di dalam Taska.
- Kotak keselamatan ('First Aid Kit')
disediakan.
- Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan,
ibu bapa akan diberitahu dengan segera.
- Staf yang terlatih dan mencukupi bagi mengawasi
kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan kami.
- Bayi 3 bulan hingga 1 tahun 6 bulan dan kanak-kanak berumur
1 tahun 6 bulan ke atas diletakkan dalam bilik yang berlainan.
- Bilik bayi adalah yang berusia 3 bulan hingga 1 tahun 6 bulan dan bilik besar 1 tahun 6 bulan hinga 2 tahun dilengkapi dengan permaidani bagi mengelakkan kemalangan.
Labels: Keselamatan