A

TASKA Setitis Embun ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }

Saturday, June 8, 2013

Peraturan TASKA Setitis Embun 

Waktu beroperasi :

  1. TASKA dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali pada hari cuti umum.
  2. Beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.
  3. Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada penyelia TASKA sebelum jam 3.00 petang sekiranya ingin mengambil nak lewat dari jam 5.30 petang.

Kehadiran :

  1. Ibu bapa / penjaga harus memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersih semasa tiba di TASKA. (cth : mandi, tukar lampin, berus gigi, basuh muka).
  2. Pakaian tidur (pijama) sama sekali tidak dibenarkan.
  3. Ibu bapa / penjaga haruslah menyediakan sebotol susu untuk diminum oleh anak anda pada waktu pagi.
  4. Ibu bapa / penjaga hendaklah menghantar atau mengambil anak mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang kelewatan atau sebaliknya akan dikenakan bayaran lebih masa (OT).
  5. Bayaran lebih masa (OT) sebanyak RM10.00 satu jam akan dikenakan kepada ibu bapa / penjaga yang lewat mengambil anak di TASKA (selepas jam 5.30 petang).
  6. Hanya ibu bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan mengambil anak mereka di TASKA.
  7. Ibu bapa tidak dibenarkan mewakilkan orang lain untuk mengambil anak mereka di TASKA kecuali telah memaklumkan kepada penyelia TASKA terlebih dahulu.
  8. Ibu bapa / penjaga harus memaklumkan kepada pihak Penyelia TASKA jika anak mereka tidak dapat hadir ke TASKA pada hari tersebut sebelum jam 10.00 pagi.
  9. Kanak-kanak yang dikenalpasti menghidap penyakit berjangkit hendaklah DICUTIKAN dari TASKA. 
  10. Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan pengesahan doktor bahawa anak mereka telah benar-benar                   sihat dan boleh dibawa ke TASKA.
  11. Bagi kanak-kanak yang bercuti lebih dari sebulan tanpa sebarang maklumat dan tidak membayar yuran TASKA adalah dianggap telah berhenti.
Penyakit-penyakit berjangkit adalah seperti berikut :
  • Mums (beguk)
  • Chicken pox (cacar air)
  • measles (campak)
  • Conjunctivities (sakit mata)
  • penyakit-penyakit lain yang ditakrifkan sebagai penyakit berjangkit.

Bayaran yuran :

Yuran yang perlu dijelaskan oleh ibu bapa :
  • Yuran pendaftaran (tahunan) RM30.00
  • Yuran bulanan (untuk setahun keatas) RM150.00
  • Yuran bulanan (untuk setahun kebawah) RM200.00
  1. Byaran yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada penyelia sebelum tarikh 7hb pada setiap bulan.
  2. Bayaran yuran tahunan perlu dijelaskan pada bulan Disember setiap tahun.
  3. Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi dari pihak TASKA dan yuran yang telah dijelaskan tidak dapat dikembalikan.
  4. Tiada pengecualian atau pemotongan yuran sekiranya anak anda tidak hadir ke TASKA dalam sesuatu masa.

Hubungan :

  1. Ibu bapa / penjaga hendaklah menjaga nama baik TASKA.
  2. Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk menghubungi pihak TASKA untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
  3. Ibu bapa / penjaga diminta untuk berbincang dan bertolak ansur sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan kanak-kanak.
  4. Pihak TASKA sedia menerima sebarang teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan dan kekurangan bagi mempertingkatkan lagi imej TASKA kami.

Kelengkapan anak :

  1. Ibu bapa / penjaga harus menyediakan kelengkapan anak-anak seperti berikut :
  • bekalan susu.
  • bekalan lampin pakai buang.
  • botol susu.
  • bekalan mandi (ubat gigi, berus gigi), sikat dan bedak.
  • tuala mandi dan sapu tangan (ditandakan nama dan perlu dibawa pulang untuk dicuci pada setiap hujung minggu).
  • tiga pasang pakaian.
  • ubat-ubatan (jika ada).
  • beg plastik untuk pakaian kotor.

Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan :

  1. Sila maklumkan kepada penyelia TASKA satu bulan lebih awal jika ibu bapa / penjaga ingin menamatkan perkhidmatan penjagaan kami dan mengisi borang berhenti.


Labels:


TASKA SETITIS EMBUN
Nama TASKA ini diambil daripada perkataan arab iaitu qa'runnada yang bermaksud setitis embun. Nama setitis embun ini melambangkan kedamaian dan kesecuian kepada kanak-kanak kerana embun itu sendiri yang telah memberi kita ketenangan dan kesejukan.


!#me
TASKA SETITIS EMBUN
menerima kanak-kanak berusia dari 3 bulan hingga 4 tahun.



!#WISH


!#link
LINKS HERE.
designer


Setitis Embun Cbox


Music Player